WASIAT PATUH SYARAK
Penulisan Wasiat
Wasiat Patuh Syarak
Tinggalkan Arahan Jelas, Bukan Persoalan. Tulis Wasiat Anda Sekarang.
Islam membenarkan penulisan wasiat sehingga satu pertiga harta kepada bukan waris Faraid, sama ada Muslim atau tidak, atau untuk kebajikan, selagi ia menurut hukum Syarak.
Kenapa Perlu Tulis Wasiat Yang Sah?
Melantik Wasi / Pentadbir Harta yang Sah
Tanpa wasi atau pentadbir harta yang amanah, urusan pusaka boleh terbengkalai. Harta tidak diurus, hutang tidak diselesaikan, waris pula teraniaya. Melalui wasiat, anda boleh melantik wasi atau pentadbir harta yang sah dan bertanggungjawab untuk mengurus pusaka dan memastikan agihan mengikut hukum Syarak.
Melantik Penjaga Harta bagi Anak Bawah Umur
Ada anak bawah 18 tahun? Sudah tentu anda mahu harta yang diwarisi dilindungi dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan mereka. Supaya hak mereka terpelihara dan masa depan lebih terjamin, lantiklah penjaga harta yang sah dan amanah melalui wasiat. Jangan biarkan masa depan anak-anak anda terabai tanpa arah.
Menyatakan Hasrat Pemberian: Muafakat atau Faraid
Wasiat memberi anda peluang menyatakan bagaimana harta ingin dibahagikan sama ada mengikut muafakat atau ikut hukum Faraid. Arahan ini menjadi panduan jelas kepada waris, mengelakkan konflik dan melancarkan pengurusan pusaka.
Pesanan Terakhir kepada Waris
Apabila kita sudah tiada, tiada lagi suara untuk menasihati, memohon maaf atau menyampaikan amanat kepada insan tersayang. Wasiat memberi ruang untuk anda tinggalkan pesanan terakhir yang bermakna yang menyentuh hati, menjadi pedoman, dan membimbing waris menghadapi hidup selepas pemergian anda.
Memberi 1/3 Harta kepada Bukan Waris atau Kebajikan
Dalam Islam, anda boleh memperuntukkan 1/3 harta kepada kepada anak angkat, keluarga bukan islam, organisasi kebajikan, wakaf, cucu (dalam keaadaan tertentu). Melalui wasiat, pemberian ini dapat dilaksanakan secara sah tanpa menjejaskan hak waris lain.
Siapakah Waris Faraid Anda?
Dalam Islam, waris telah ditetapkan mengikut hukum Faraid. Waris utama yang berhak mewarisi harta si mati (jika beragama Islam) ialah:
- Suami / Isteri
- Ibu Bapa
- Anak-anak yang sah
*Cucu tidak secara automatik menjadi waris, kecuali dalam keadaan tertentu.
Siapa Bukan Waris Faraid?
Individu berikut tidak dianggap waris Faraid:
- Anak angkat
- Anak tidak sah taraf
- Ibu bapa angkat
- Keluarga bukan Islam
Kelebihan Berwasiat?
Mempercepatkan proses pencairan harta pusaka dan penyelesaian hutang piutang serta pengagihan harta pusaka anda kepada benefisiari yang berhak dengan telus, lancar dan sempurna.
