DEKLARASI HIBAH / PRI-HIBAH
Hibah Harta Anda
Hibah Harta Anda
"Hadiah yang paling bermakna ialah hibah yang didokumenkan dan dijamin pelaksanaannya."
Maksud hibah
Pri-Hibah ialah pemberian harta secara sah dan tanpa balasan oleh pemilik kepada penerima semasa hidup. Aset hibah ini akan dikeluarkan daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada Faraid. Ia sesuai untuk pemberian kepada bukan waris, anak angkat, atau pembahagian sama rata antara anak-anak semasa hidup.
Apa itu Pri-Hibah
Pri-Hibah ialah hibah bertulis di mana pemilik menyatakan pemberian kepada benefisiari, tetapi masih mengekalkan manfaat ke atas aset tersebut (seperti pendapatan, penggunaan, pemilikan). Ia memberikan fleksibiliti dan kawalan penuh kepada pemberi – selamat, sah, dan boleh dilaksanakan.
Ciri-ciri Pri-Hibah
- Berkuat kuasa serta-merta selepas deklarasi dibuat.
- Boleh dibatalkan jika pemberi ialah ibu/bapa kepada anak atau datuk/nenek kepada cucu
- Tidak tertakluk kepada Faraid, sebaliknya ikut terma dalam dokumen Pri-Hibah.
Aset yang boleh dihibahkan
- Wang Simpanan / Tunai
- Rumah / Tanah / Bangunan
- Syarikat / Perniagaan
- Saham / Pelaburan
Kelebihan Pri-Hibah (Hibah Harta)?
Tidak Tertakluk kepada Faraid
Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka kerana ia memberi kesan serta-merta. Oleh itu, ia tidak tertakluk kepada pembahagian mengikut hukum Faraid.
Agihan Mengikut Kehendak Pemberi
Anda bebas menghibahkan kepada sesiapa yang anda kehendaki, termasuk anak angkat atau bukan waris Faraid.
Perlindungan Semasa Hilang Upaya
Pri-Hibah boleh disusun supaya berkuat kuasa ketika anda hilang upaya, bukan hanya selepas kematian.
Setlor Masih Boleh Terima Manfaat
Walaupun aset telah dihibahkan, anda sebagai pemberi (setlor) masih boleh menikmati hasil atau menggunakan aset tersebut sepanjang hayat anda.
Penjaga untuk Benefisiari Bawah Umur
Anda boleh melantik penjaga harta yang sah untuk anak bawah umur, bagi memastikan hak dan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.
