PERJANJIAN ASET PEROLEHAN BERSAMA (PAPB)

Deklarasi Harta Sepencarian

Dokumenkan Hak Pasangan

"Bukti sayang bukan hanya lafaz di akad, tapi perlindungan yang didokumenkan."

Segala harta yang dikumpul semasa tempoh perkahwinan sah dianggap sebagai Harta Sepencarian. Dengan Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB), suami isteri boleh menentukan hak masing-masing lebih awal supaya tiada pertikaian bila berlaku kematian, penceraian atau poligami.

Merancang hari ini, demi ketenangan esok hari.

Kelebihan Membuat Deklarasi Harta Sepencarian (PAPB)

Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama

Suami dan isteri boleh menetapkan agihan harta mengikut persetujuan bersama, mengikut kehendak dan persetujuan kedua-dua pihak.

Melindungi Hak Suami Isteri

Segala yang dipersetujui dalam dokumen akan dilindungi secara sah tanpa pertikaian di kemudian hari.

Menjimatkan Kos

Tiada lagi keperluan untuk membuktikan sumbangan di mahkamah. Dokumen sah menggantikan perdebatan panjang dan kos guaman yang tinggi.

Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian

Dengan adanya dokumen bertulis, hak setiap pasangan menjadi jelas dan terlindung, sekaligus mengelakkan perebutan atau salah faham di kalangan waris atau pasangan baru jika berpoligami.

Mudah dan Selesa

Urusan lebih mudah kerana agihan telah dipersetujui. as-Salihin membantu menyediakan dokumen mengikut kehendak pasangan.

Bila Tuntutan Boleh Dibuat Berdasarkan PAPB / Deklarasi Harta Sepencarian?

Tuntutan atas harta yang dinyatakan dalam Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) atau deklarasi harta sepencarian boleh dibuat apabila berlaku situasi berikut:

Kematian Pasangan

Pasangan yang masih hidup boleh menuntut hak ke atas harta sepencarian sebelum pusaka diagih secara Faraid.

Poligami

Pasangan sedia ada boleh melindungi hak mereka atas harta sepencarian sebelum pusaka diagih secara Faraid.

Penceraian

Setiap pihak boleh menuntut bahagian masing-masing yang telah dipersetujui dalam perjajian terdahulu, tanpa perlu pertikaian lanjut.