URUS DANA AMANAH TAKAFUL /INSURANS

Amanah Takaful Pri-Ti

Amanah Takaful Pri-Ti adalah Perlindungan

"Takaful adalah perlindungan. Pri-Ti menjadikannya warisan yang selamat sampai ke tangan yang diamanahkan."

Pri-Ti ialah amanah khas untuk sijil takaful atau polisi insurans. Melalui penyerahan hak mutlak, anda boleh melantik as-Salihin sebagai pemegang amanah yang akan mengurus dan mengagihkan dana takaful terus kepada penerima yang anda tetapkan, tanpa perlu melalui proses faraid atau pusaka yang panjang dan rumit.

Apa Itu Pri-Ti?

Pri-Ti ialah satu bentuk amanah yang dibentuk khas bagi sijil takaful atau polisi insurans anda. Melalui Penyerahan Hak Mutlak, pemilik sijil takaful atau polisi insurans melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Pemegang Amanah untuk menerima dan menguruskan wang pampasan (Dana Amanah) apabila berlaku:

  1. Kematian
  2. Hilang upaya kekal
  3. Ketidakupayaan lain yang dilindungi polisi

Dana ini akan dibahagikan kepada benefisiari yang telah ditetapkan oleh pemilik polisi, mengikut syarat dan arahan dalam Surat Ikatan Amanah. Pri-Ti memastikan manfaat takaful disalurkan secara teratur, telus dan patuh Syarak.

Kelebihan Amanah Takaful Pri-Ti

Manfaat Semasa Hilang Upaya

Dana Amanah boleh digunakan untuk manfaat pemilik polisi jika disahkan hilang upaya kekal atau mengalami ketidakupayaan yang dilindungi.

Diurus oleh Syarikat Amanah Bertauliah

Dana diurus secara profesional oleh as-Salihin, mengelakkan risiko pecah amanah atau salah guna.

Agihan Mengikut Arahan Pemilik Polisi

Anda tentukan siapa penerima dan berapa bahagiannya. as-Salihin akan pastikan dana diagihkan mengikut terma yang anda tetapkan.

Tidak Tertakluk kepada Faraid atau Proses Pusaka

Dana Amanah berkuat kuasa serta-merta dan tidak perlu melalui pembahagian pusaka atau hukum Faraid.

Perlindungan daripada Pemiutang

Dana terpelihara daripada tuntutan hutang, tertakluk kepada Akta Insolvensi 1967.

Tanpa Perintah Mahkamah

Tuntutan ke atas wang takaful boleh dibuat tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang.